Jepun Tidak Akan Bersama AS Untuk Haramkan China Daripada Rangkaian 5G

Jepun Tidak Akan Bersama AS Untuk Haramkan China Daripada Rangkaian 5G

Akhbar Yomiuri Jepun pada hari ini melaporkan bahawa kerajaan Jepun tidak akan bersama AS untuk mengeluarkan syarikat China daripada rangkaian teleko

Akhbar Yomiuri Jepun pada hari ini melaporkan bahawa kerajaan Jepun tidak akan bersama AS untuk mengeluarkan syarikat China daripada rangkaian telekomunikasi mereka.

Jepun akan mengambil tindakan sendiri jika berlakunya pelanggaran pada isu keselamatan di samping terus mengekalkan kerjasama dengan Amerika Syarikat.

Washington pada bulan Ogos yang lalu telah mengemas kini rancangan “Clean Network”, menggesa supaya syarikat domestik mengeluarkan alat telekonomikasi, penyedia perkhidmatan storan awan dan aplikasi mudah alih yang berasal dari China.

AS turut menekan sekutu mereka untuk mengharamkan Huawei daripada rangkaian 5G mereka yang baru dengan alasan keselamatan.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dilaporkan telah menyebut rancangan “Clean Nework” ini dalam pertemuan beliau bersama Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi di Tokyo pada awal bulan Oktober.

Jepun walau bagaimanapun menegaskan bahawa Tokyo tidak dapat bersama AS untuk mengecualikan sesebuah negara secara khusus, namun akan mempertimbangkannya jika terdapat perubahan pada rangka kerja tersebut.

Ketua Kabinet Setiausaha Jepun, Katsunobu Kato mengesahkan laporan Yomiuri di atas dengan mengatakan tiada perbincangan lanjut mengenai pelan “Clean Network” dalam pertemuan antara Pompeo dan Motegi, akan tetapi AS hanya menyuarakan usaha mereka terhadap isu keselamatan siber.

“Kami ingin terus mengukuhkan kerjasama di bidang keselamatan siber bersama Amerika Syarikat”, jelas Kato dalam sidang akhbar pada hari ini.

Newer Post
Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: