Jerman Tolak Cadangan Trump Untuk Memasukkan Semula Rusia Ke Dalam G7

Jerman Tolak Cadangan Trump Untuk Memasukkan Semula Rusia Ke Dalam G7

Jerman menolak cadangan Presiden AS Donald Trump untuk mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin kembali ke Kumpulan Tujuh (G7) ekonomi paling maju, k

Jerman menolak cadangan Presiden AS Donald Trump untuk mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin kembali ke Kumpulan Tujuh (G7) ekonomi paling maju, kata Menteri Luar Jerman Heiko Maas dalam wawancara akhbar yang diterbitkan pada hari Isnin.

Trump pada bulan lalu menaikkan harapan untuk memasukkan semula Rusia dalam proses pengembangan G7, yang mana telah dikeluarkan pada tahun 2014 berikutan serangan Moscow ke atas kawasan Crimea Ukraine.

Walau bagaimanapun, Maas memberitahu Rheinische Post bahawa beliau tidak melihat adanya peluang untuk membiarkan Rusia kembali ke G7 selagi tiada sebarang kemajuan yang signifikan dalam menyelesaikan konflik di Crimea termasuk di kawasan timur Ukraine.

“Rusia sendiri mampu memberikan sumbangan terbesar untuk kembali menjadi sebahagian daripada kumpulan G7, iaitu dengan menyumbang kepada penyelesaian damai dalam konflik Ukraine”, jelas Maas.

Rusia sehingga hari ini masih menjadi sebahagian anggota G20, pengelompokan yang lebih luas dengan memasukkan sebahagian ekonomi negara-negara membangun.

“G7 dan G20 adalah dua penyelarasan format yang benar. Kami tidak lagi memerlukan G11 atau G12,” kata Maas merujuk kepada cadangan Trump untuk mengundang bukan sahaja Rusia, tetapi negara-negara lain ke pertemuan G7.

Maas menyifatkan hubungan dengan Rusia dalam pelbagai bahagian sebagai “sukar buat masa ini”. Namun beliau tidak menafikan Rusia adalah satu-satunya negara yang mampu membantu menyelesaikan konfik seperti di Syria, Libya dan Ukraine.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: