uk1

Johnson, Sunak Mendahului Sebagai Calon PM Yang Berpotensi Menggantikan Liz Truss

Bekas perdana menteri UK Boris Johnson dan bekas menteri kewangan Rishi Sunak dilihat mendahului sebagai calon yang berpotensi untuk menggantikan Liz Truss sebagai PM pada hari ini.

Selepas Truss meletak jawatan semalam, menamatkan enam minggu perkhidmatan beliau, mereka yang ingin menggantikannya perlu mendapatkan 100 undi daripada ahli parlimen Konservatif untuk bertanding.

Pemenang akan diumumkan sama ada pada hari Isnin atau Jumaat minggu hadapan.

Dalam kemunculan semula yang luar biasa, Johnson, yang sebelm ini digulingkan oleh penggubal undang-undang lebih tiga bulan lalu, kembali berada seiring dengan Sunak untuk dinobatkan sebagai PM seterusnya.

“Saya rasa dia mempunyai rekod prestasi yang terbukti untuk mengubah keadaan. Dia boleh mengubahnya semula. Dan saya pasti rakan sekerja saya mendengar mesej itu dengan kuat dan jelas,” kata ahli parlimen Konservatif Paul Bristow mengenai Johnson di radio LBC.

“Boris Johnson ialah watak yang digeruni Parti Buruh. Boris Johnson boleh memenangi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Johnson bagaimanapun berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mencapai 100 undi selepas tempoh penggalnya sebagai PM dicemari oleh skandal dan dakwaan salah laku.

Persaingan telah bermula pada hari Khamis, hanya beberapa jam selepas Truss berdiri di hadapan pejabat Downing Streetnya untuk mengatakan bahawa dia tidak boleh meneruskan perkhidmatannya.

Sunak, bekas penganalisis Goldman Sachs yang menjadi menteri kewangan sebaik wabak Covid-19 tiba di Eropah, menjadi salah satu pilihan utama, diikuti oleh Johnson.

Sementara Penny Mordaunt, bekas menteri pertahanan yang popular di kalangan ahli parti Konservatif menduduki tempat ketiga walaupun kesemua mereka belum secara rasmi mengisytiharkan pencalonan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *