Di permulaan pasaran Asia, Harga emas telah merosot ke paras terendah 3 minggu sebelum meningkat semula ke paras harga 1321 (XM mt4) di sesi Eropah. S
Di permulaan pasaran Asia, Harga emas telah merosot ke paras terendah 3 minggu sebelum meningkat semula ke paras harga 1321 (XM mt4) di sesi Eropah. Semalam pelabur-pelabur telah meningkatkan belian dalam pasaran ekuiti berbanding aset “Safe Heaven”.
Selepas Kuroda, Gabenor BOJ mengumumkan mungkin Jepun tidak memerlukan “Helicopter Money”, permintaan aset “Safe Heaven” seperti Emas dan Yen Jepun dilihat mendadak.
Permintaan aset “Safe Heaven” dilihat berkurang sejak minggu lalu berikutan PM Jepun, Abe mengumumkan akan membentangkan pakej rangsangan fiskal bagi memacu pertumbuhan ekonomi Jepun. Pada kaca mata spekulator, Abe dan Kuroda secara kasarnya dilihat tidak sefahaman dalam pendapat keperluan “Helicopter Money”.
Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang
COMMENTS