Jongkang Jongket Yen Lagi Hari Ini

Jongkang Jongket Yen Lagi Hari Ini

Ketika sesi dagangan Asia, Yen naik turun dengan mendadak berbanding kebanyakan utama dunia berikutan sentimen ketidaktentuan saiz rangsangan fiskal e

Ketika sesi dagangan Asia, Yen naik turun dengan mendadak berbanding kebanyakan utama dunia berikutan sentimen ketidaktentuan saiz rangsangan fiskal ekonomi Jepun yang dijadualkan akan diumumkan esok.

 

Pada mulanya Dolar Amerika mula menokok berbanding Yen Jepun sejurus apabila The Wall Street Journal membayangkan Jepun sedang berkira-kira menawarkan Bond 50 tahun, yang mana merupakan Bond Jepun yang paling lama tempoh matangnya sejak perang dunia ke-2.

 

Momentum Yen melemah bertambah apabila khabar angin yang PM Jepun, Shinzo Abe akan mengumumkan secara rasmi lebih maklumat berkenaan pakej rangsangan ketika sidang medianya lewat tengah hari.

 

Ketika rehat tengah hari waktu Jepun, pada satu masa, USDJPY diniagakan pada paras tertinggi harian 106.54 kemudian susut semula pada paras 105.65. Sementara GBPJPY mencatat harga tertinggi harian pada paras 139.903.

 

Pakar-pakar ekonomi masih lagi cuba membuat spekulasi nilai sebenar pakej rangsangan ekonomi Jepun kali ini

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: