JPJ Tawar Diskaun Saman Sepanjang Ogos, Raih Kutipan RM3.85 Juta Dalam Tempoh 15 Hari

JPJ Tawar Diskaun Saman Sepanjang Ogos, Raih Kutipan RM3.85 Juta Dalam Tempoh 15 Hari

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip RM3.85 juta hasil pembayaran saman lalu lintas antara 1 hingga 15 Ogos setelah menawarkan diskuan 7

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip RM3.85 juta hasil pembayaran saman lalu lintas antara 1 hingga 15 Ogos setelah menawarkan diskuan 70% ke atas saman yang dikenakan.

JPJ dalam kenyataannya hari ini berkata jumlah tersebut melibatkan pembayaran sebanyak 51,178 saman melalui pelbagai saluran seperti kaunter, kaunter bergerak, portal JPJ dan kiosk.

“JPJ Selangor mencatat kutipan tertinggi sebanyak RM620,157 dari 8,165 saman yang telah diselesaikan”, jelas mereka.

Bernama menerusi laporannya menyebutkan jumlah saman JPJ yang tertunggak dan masih belum dijelaskan sehingga kini adalah sebanyak 2.4 juta saman.

Anggaran kutipan selepas pengurangan tersebut adalah sekitar RM170 juta dengan 1.79 juta daripadanya merupakan senarai hitam.

Pihak JPJ juga memperingatkan orang ramai supaya segera merebut tawaran diskaun 70% ini untuk menyelesaikan kompaun saman yang tertunggak dan tidak menunggu disaat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini.

“Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai saman yang belum dibayar akan disenarai hitam dan hal ini akan menimbulkan masalah ketika melakukan transaksi dengan JPJ seperti memperbaharui lesen memandu dan kenderaan bermotor, memindahkan hak milik dan lain-lain,” kata JPJ.

Potongan harga, yang akan berakhir pada 31 Ogos, ditawarkan bersempena dengan Bulan Nasional, dan sesuai dengan tema Hari Kebangsaan 2020 “Malaysia Prihatin”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: