JPMorgan Bakal Memindahkan Aset Bernilai AS$ 230b Dari UK Ke Jerman Kerana Brexit

JPMorgan Bakal Memindahkan Aset Bernilai AS$ 230b Dari UK Ke Jerman Kerana Brexit

JPMorgan Chase & Co dilaporkan sedang memindahkan kira-kira €200 bilion (AS$ 230b) dari UK ke Frankfurt berikutan keluarnya UK dari Kesatuan Erop

JPMorgan Chase & Co dilaporkan sedang memindahkan kira-kira €200 bilion (AS$ 230b) dari UK ke Frankfurt berikutan keluarnya UK dari Kesatuan Eropah, sebuah pemindahan yang akan menjadikannya sebagai salah satu bank terbesar di Jerman.

Mereka merancang untuk menyelesaikan pemindahan aset ke anak syarikat yang berpusat di Frankfurt pada akhir tahun ini, jelas satu sumber tanpa nama kepada Bloomberg.

Perubahan tersebut akan meningkatkan penyata imbangan JPMorgan sehingga menjadinya bank keenam terbesar negara berdasarkan aset tahun lalu.

Menurut statistik Bundesbank, pemindahan aset tersebut mewakili hampir 10% daripada jumlah penyata JPMorgan, juga separuh dari jumlah aset yang dimiliki oleh cawangan bank asing mereka di Jerman pada akhir bulan Jun.

Berbaki empat bulan sebelum tamat tempoh peralihan Brexit, bank-bank antarabangsa telah mula meningkatkan operasi mereka di EU bagi memastikan mereka dapat memberi layanan kepada para pelanggan memandangkan terdapatnya risiko hak layanan bagi syarikat-syarikat yang berpangkalan di UK.

Berhadapan risiko tersebut, JPMorgan pada minggu lepas mengumumkan bahawa 200 kakitangan mereka di London akan dipindahkan ke bandar-bandar utama benua Eropah termasuk Paris, Frankfurt, Milan dan Madrid.

Kesemua cawangan ini akan berada di bawah pengawasan anak syarikat mereka yang dikenali sebagai JP Morgan AG yang sedang merancang untuk melipatgandakan ekuiti terasnya menjelang akhir tahun ini kepada €16.7 bilion.

JPMorgan telah melakukan peralihan terbesar ke Frankfurt, diikuti oleh bank-bank lain seperti Citigroup Inc, UBS Group AG dan Standard Chartered Plc.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: