jpmorgan-2

JPMorgan Melihat Kemelesetan Sederhana Di AS Pada Separuh Akhir 2023

Ahli ekonomi dari JPMorgan meramalkan “kemelesetan sederhana” di Amerika Syarikat pada separuh terakhir tahun depan memandangkan Fed akan terus mengetatkan dasar dalam usaha menentang inflasi.

Bank pelaburan itu melihat ekonomi AS akan menguncup sebanyak 0.5% menjelang suku keempat tahun depan, dan mungkin berlarutan hingga ke tahun 2024.

Angka itu dilihat akan mengurangkan satu peratus ramalan keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS bagi tahun 2023, separuh daripada yang diunjurkan pada tahun ini.

JPMorgan menjangkakan kenaikan kadar faedah Fed sebanyak 100 mata asas lagi sehingga Mac 2023, selepas bank pusat menaikkan lebih 300 mata asas kadar faedah setakat tahun ini.

Kenaikan 50 mata asas dijangka pada bulan Disember, kemudian diikuti oleh 25 mata asas setiap satu pertemuan pada bulan Februari dan Mac 2023.

Inflasi harga pengguna (CPI) AS pula dijangka menurun kepada 4.1% menjelang akhir tahun 2023 yang mana sehingga Oktober, angka itu berada pada 7.7%.

Perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), metrik inflasi pilihan Fed pula dijangka berkurang kepada 3.4% tahun depan.

Permintaan agregat yang perlahan menyebabkan ekonomi AS kehilangan lebih satu juta pekerjaan menjelang pertengahan 2024, yang kemudiannya akan menyaksikan Fed mula menurunkan kadar sebanyak 50 mata asas setiap suku bermula pada suku kedua 2024, kata JPMorgan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *