Jualan Bitcoin Bantu Naikkan Pendapatan Tesla Pada Q1, Lepasi Jangkaan Wall Street

Jualan Bitcoin Bantu Naikkan Pendapatan Tesla Pada Q1, Lepasi Jangkaan Wall Street

Pembuat kereta elektrik gergasi, Tesla Inc telah melepasi sedikit jangkaan Wall Street pada pendapatan suku pertamanya yang dikeluarkan semalam, dido

Pembuat kereta elektrik gergasi, Tesla Inc telah melepasi sedikit jangkaan Wall Street pada pendapatan suku pertamanya yang dikeluarkan semalam, didorong oleh lonjakan jualan kredit persekitaran kepada pembuat kenderaan lain serta permintaan yang tinggi dari China.

Jualan permit pengawalseliaan lebih tinggi berbanding keuntungan suku tahunan, sejajar dengan trend suku-suku tahun yang lain, dan keuntungan bersih terjejas oleh penghargaan $299 juta kepada CEO Elon Musk.

Prestasi suku tahunan Tesla mencapai sasaran telah melayakkan pengusaha jutawan itu membuat dua pembayaran pilihan bernilai gabungan $ 11 bilion.

“Kredit pengawalseliaan yang lebih tinggi, cukai yang lebih rendah, dan penjualan bitcoin mendorong hasil pendapatan itu. Keluar daripada situasi ini adalah kerugian yang besar,” kata penganalisis Roth Capital Partners Craig Irwin.

Tesla mengurangkan pemilikan bitcoinnya sebanyak 10% pada suku tersebut, yang mana juga telah menyumbang kepada keuntungan kecil dalam kewangan suku pertama.

“Kami yakin akan jangka panjang nilai bitcoin,” kata Ketua Pegawai Kewangan Tesla, Zachary Kirkhorn.

“Kami memang berniat mengekalkan pegangan yang kami miliki untuk jangka masa panjang dan terus mengumpulkan bitcoin dari transaksi pelanggan kami ketika mereka membeli kenderaan.”, tambah beliau.

Selain itu, pada suku pertama, Tesla juga berjaya mencatat rekod penghantaran yang tinggi terutamanya pengeluaran Model Y di China walaupun isu kekurangan cip global telah membeban para pesaing sektor automotif lain.

Walau bagaimanapun, Telsa Inc, sebagai syarikat pembuat kenderaan paling bernilai didunia akan terus berhadapan dengan cabaran untuk memenuhi penilaannya di samping menguruskan jangkaan pelabur.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: