Laporan November jualan runcit Zon Eropah merundum dalam jangka masa satu bulan selepas peningkatan drastik pada Oktober yang lalu. Penyusutan ini
Laporan November jualan runcit Zon Eropah merundum dalam jangka masa satu bulan selepas peningkatan drastik pada Oktober yang lalu.
Penyusutan ini adalah kesan dari kadar pembelian produk bukan makanan yang rendah,begitulah data yang dikeluarkan oleh Eurostat pada Jumaat yg lepas
Menurut statistik, 19 negara yang menggunakan matawang yang sama terkesan dengan kejatuhan ini. Setiap Laporan Jualan Runcit negara-negara tersebut merosot sebanyak 0.4% dari Oktober Hingga November.
Walapun Pada November ia menyusut sebanyak 1.1%, Bulan Oktober sebelumnya prestasi jualan runcit menjangkau lebih pada jangkaan Eurostat iaitu sebanyak 1.4% berbanding dengan jangkaan sasaran 1.1%.
Dari tahun ke tahun pula, jualan runcit Zon Eropah meyusut 2.3% selepas 3% kenaikan.
Kadar Pembelian produk bukan makanan seperti produk-produk seperti barangan elektronik, produk farmasi dan juga produk digital menurun sebanyak 0.9% yang menyebabkan kejatuhan dalam skala bulanan.
COMMENTS