Jumlah Dagangan Malaysia Lepasi Nilai RM2 trilion Buat Kali Pertama

Jumlah Dagangan Malaysia Lepasi Nilai RM2 trilion Buat Kali Pertama

Malaysia buat kali pertama mencatatkan jumlah dagangan melepasi paras RM2 trilion bagi tempoh Januari hingga November 2021, meningkat 24.6% berbandin

Malaysia buat kali pertama mencatatkan jumlah dagangan melepasi paras RM2 trilion bagi tempoh Januari hingga November 2021, meningkat 24.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata hasil eksport negara meningkat 25.7% kepada RM1.116 trilion.

Manakala import pula meningkat sebanyak 23.3% kepada RM894.42 bilion mengakibatkan lebihan dagangan naik sebanyak 36.2% kepada RM221.53 bilion.

Dalam laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri bagi November 2021, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bagi tempoh Januari hingga November 2021, jumlah dagangan, eksport dan import mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh.

Beliau berkata peningkatan nilai eksport itu disumbangkan oleh pengeksportan domestik dan semula yang lebih tinggi ke negara-negara pengimport utama negara seperti AS, China, Singapura, Vietnam, EU, India, Indonesia, Jepun dan Korea.

Selain itu, lonjakan nilai juga disokong oleh peningkatan jumlah eksport produk-produk elektrik dan elektronik, keluaran petroleum, produk berasaskan minyak kelapa sawit, bahan-bahan kimia, mesin dan gas asli.

Mengulas tentang pertumbuhan import bagi penggunaan akhir, Mohd Uzir berkata ianya disokong oleh kenaikan permintaan bagi barangan perantaraan, barangan modal dan barangan penggunaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: