Jumlah Undi Pos Yang Besar Punca Keputusan Pilihan Raya AS Tertunda

Jumlah Undi Pos Yang Besar Punca Keputusan Pilihan Raya AS Tertunda

Pilihan raya AS tidak dimenangani dengan undi popular, tetapi melalui kutipan undi electoral college di setiap negeri. Majoriti 270 undian diperlu

Pilihan raya AS tidak dimenangani dengan undi popular, tetapi melalui kutipan undi electoral college di setiap negeri.

Majoriti 270 undian diperlukan bagi mengangkat salah seorang calon sebagai presiden yang baru.

Saluran media utama kebiasaannya akan mengumumkan pemenang di setiap negeri hanya berdasarkan unjuran tanpa menantikan kiraan undi terakhir.

Namun berhadapan Covid-19, pilihan raya kali ini memperlihatkan satu senario yang berbeza apabila dua kali ganda atau 68% penduduk Amerika telah mengundi lebih awal berbanding tahun 2016.

Kiraan undi pos adalah lebih perlahan kerana perlu melakukan pemeriksaan terhadap tandatangan pengundi dan saksi.

Kemudian setiap kertas undi akan ditanda sebelum dimasukkan ke dalam mesin kiraan undi.

Beberapa negeri telah memulakan proses pengesahan ini sebelum pilihan raya berlangsung.

Antara negeri yang terlibat adalah Nevada, Georgia, North Carolina, Pennsylvania dan Alaska.

Hal ini menunjukkan kiraan undi pos ini masih boleh diterima selepas hari pilihan raya dengan syarat ianya mempunyai tanda pos tidak melebihi 3 November dan diumumkan sebelum hari terakhir, Jumaat.

Pada tahun 2000 yang lalu, George W Bush telah dinobatkan sebagai pemenang menerusi kiraan semula undi dan keputusan mahkamah tinggi.

Senario yang sama cuba dimainkan oleh Trump pada pilihan raya kali ini selepas memfailkan lebih 300 tindakan undang-undang.

Potensi berlakunya kiraan semula undi pada satu negeri atau lebih adalah tinggi dengan Trump pada hari Selasa berkata akan makamah tinggi untuk menghentikan kiraan kertas undi.

Walaupun belum jelas sejauh mana kesan tindakan tersebut, namun ianya akan menangguhkan undian terakhir untuk beberapa minggu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: