Kabinet Jerman Luluskan Hutang Bersih Baru Kedua Tertinggi Dalam Belanjawan 2021

Kabinet Jerman Luluskan Hutang Bersih Baru Kedua Tertinggi Dalam Belanjawan 2021

Kabinet Jerman pada hari Rabu telah meluluskan draf belanjawan Menteri Kewangan Olaf Scholz bagi tahun hadapan yang bertujuan membiayai tindakan-tind

Kabinet Jerman pada hari Rabu telah meluluskan draf belanjawan Menteri Kewangan Olaf Scholz bagi tahun hadapan yang bertujuan membiayai tindakan-tindakan selanjutnya untuk menangani krisis Covid-19 dan dijangka akan menambah hutang bersih sekitar €96.2 bilion.

Tambahan pinjaman tersebut merupakan jumlah hutang bersih baru kedua tertinggi yang pernah dicatatkan oleh Jerman sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua dan setelah kerajaan mengumumkan rekod pinjaman tertinggi sekitar €218 bilion pada tahun ini.

“Kami akan melindungi kesihatan rakyat, mendukung ekonomi dan menjamin pekerjaan,” kata Scholz, sambil menambahkan bahawa wabak Covid-19 masih belum selesai sehingga pemerintah tidak boleh membiarkannya.

Belanjawan tersebut menunjukkan tekad Scholz untuk menjauhkan Jerman dari terpalit dengan imej lama sebagai juara penjimatan di Eropah, malah menjadikan Berlin sebagai pembelanja terbesar dalam menghadapi kesukaran untuk pulih dari kejutan koronavirus.
 
Rancangan fiskal juga memerlukan Jerman menangguhkan had hutang yang telah ditetapkan dalam perlembangaan pada tahun 2021 selepas parlimen mula mengenepikannya pada tahun ini.

Jerman juga dijangka melakukan hal yang sama pada tahun 2022, menghadkan pinjaman kepada sebahagian kecil keluaran dalam negara kasar (KNDK).

Nisbah hutang kepada KDNK negara Jerman telah melonjak daripada di bawah 60% di tahun 2019 kepada sekitar 75% pada tahun 2020, yang mana kemudian dijangka kekal pada tahap itu pada tahun 2021 kerana ramalan pemulihan ekonomi yang kuat.

Oleh itu, Jerman kekal menjadi negara industri yang mempunyai nisbah hutang kepada KDNK paling rendah dikalangan G7, berbanding nisbah hutang Britian yang dijangka melonjak kepada 100% pada tahun ini dan 265% bagi negara Jepun.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: