Kadar Faedah Fed Hampir ‘Neutral’?, Dovish Powell Tenggelamkan Dollar

Kadar Faedah Fed Hampir ‘Neutral’?, Dovish Powell Tenggelamkan Dollar

Saham Wall Street melonjak pada hari Rabu selepas ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell yang dikeluarkan semalam menunjukkan kurangkan keperluan rate hik

Saham Wall Street melonjak pada hari Rabu selepas ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell yang dikeluarkan semalam menunjukkan kurangkan keperluan rate hike pada tahun 2019.

Di dalam ucapan yang disediakan Powell berkata, “Kadar faedah masih rendah berbanding piawan sejarah dan ianya kekal di bawah julat jangkaan yang dilihat neutral kepada ekonomi (tidak mempercepatkan atau memperlahankan pertumbuhan)”.

Kenyataan Powell yang melihat kadar ‘neutral’ hampir dicapai menunjukkan kesediaan bank pusat untuk¬† menamatkan kitaran pengetatan dasar mereka yang telah berlansung selama tiga tahun.

Peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur digunakan bagi mengimbangi risiko, namun untuk laluan polisi tiada pelarasan awal dapat ditetapkan”, tambah Powell.

Pasaran melihat nada dovish ini dikeluarkan seiring dengan kemahuan Trump yang tidak berhenti mengkritik bank pusat dan tidak gembira dengan peningkatan kadar faedah yang telah menjejaskan dasar ekonomi beliau.

Sentimen risk-on yang kembali menguasai pasaran akhirnya membenam dollar pada pasaran Amerika yang lalu dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback jatuh -0.55% ke paras 96.83 mata.

Apakah Fed bersedia menamatkan atau menangguhkan kitaran pengatatan dasar mereka?

Para pelabur akan mendapatkan lebih banyak isyarat tentang pendirian ahli FOMC melalui minit mesyuarat bulan November yang akan diterbitkan pada jam 3 pagi (Jumaat).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: