Kadar Faedah Mungkin Perlu Dinaikkan Kerana Ekonomi Semakin Pulih

Kadar Faedah Mungkin Perlu Dinaikkan Kerana Ekonomi Semakin Pulih

Kadar faedah AS mungkin perlu dinaikkan bagi mengelak ekonomi daripada 'overhating' berikutan semakin banyak program pelaburan ekonomi Presiden Joe B

Kadar faedah AS mungkin perlu dinaikkan bagi mengelak ekonomi daripada ‘overhating‘ berikutan semakin banyak program pelaburan ekonomi Presiden Joe Biden telah diaktifkan sehingga merangsang pertumbuhan, kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen dalam satu kenyataan.

“Mungkin kadar faedah perlu dinaikkan supaya dapat memastikan ekonomi kita tidak terlalu panas (overheat), walaupun secara relatif perbelanjaan tambahan adalah kecil berbanding dengan ukuran ekonomi,” katanya dalam ucapan yang dirakam pada acara maya oleh The Atlantic.

Panas atau overheating ekonomi di sini adalah satu situasi di mana berlakunya inflasi yang tinggi kerana kapasiti ekonomi tidak lagi mampu memenuhi purata permintaan yang semakin meningkat.

Sebahagian penganalisis melihat pernyataan Yellen mengenai kadar faedah ini sebagai faktor yang menjejaskan penjualan saham semalam.

Reaksi yang sama ditunjukkan pada pasaran bon dengan hasil jangka panjang naik selepas kenyataan Yellen itu dikeluarkan.

Namun sebahagian penganalisis yang lain melihat kenyataan itu tidak memberi kesan yang besar kerana hasil bon telahpun naik pada suku pertama dan kadar faedah juga telah meningkat untuk satu tempoh yang agak lama.

Ahli FOMC termasuk pengerusi Fed Jerome Powell juga berkata pergerakan hasil bon pada Q1 lebih menggambarkan keyakinan pasaran ke atas ekonomi berbanding jangkaan bank pusat akan mengetatkan dasar.

Malah, Powell juga telah berkali-kali menyebutkan bahawa bank pusat masih jauh untuk memulakan proses pengetatan itu.

Yellen berkata, matlamat utama program Biden ini adalah untuk membantu mengimbangi semula ketidaksamaan dalam ekonomi sejak berdekad yang lalu.

Secara keseluruhan program, yang meliputi peningkatan perbelanjaan infrastruktur, perawatan anak dan pendidikan, akan melakukan satu “perbezaan besar” terhadap ketidaksamaan itu, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: