Kadar Faedah RBA Kini Terendah Di Dalam Sejarah

Kadar Faedah RBA Kini Terendah Di Dalam Sejarah

Bank Pusat Australia (RBA) telah memotong kadar faedah (OCR) sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% pada mesyuarat bulan Mac. Keputusan tersebut telah

Bank Pusat Australia (RBA) telah memotong kadar faedah (OCR) sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% pada mesyuarat bulan Mac.

Keputusan tersebut telah meletakkan kadar faedah RBA di paras terendah dalam sejarah selepas menurunkannya sebanyak tiga kali kepada 0.75% pada tahun lalu.

Tindakan ini berpunca daripada ketidaktentuan outlook ekonomi walaupun sebelum negara diserang oleh kebakaran hutan dan koronavirus.

RBA mengatakan “keputusan ini diambil bagi memberi sokongan kepada ekonomi serta reaksi terhadap penularan wabak coronavirus ke seluruh dunia”.

Sebutan ‘coronavirus’ diulangi sebanyak sembilan kali pada kenyataan yang dikeluarkan dan Gabenor RBA Philip Lowe mengatakan bahawa “penularan wabak tersebut di luar negara Australia telah memberi impak yang signifikan kepada ekonomi semasa negara, terutamanya terhadap sektor pendidikan dan pelancongan”.

Ketidakseimbangan tersebut juga dilihat berpotensi memberi kesan negatif kepada perbelanjaan domestik.

Selain itu, RBA turut mengatakan bahawa pelonggaran dasar akan diteruskan jika kadar pengangguran terus meningkat.

Kenyataan di atas telah membuka pintu kepada ‘rate cut’ seterusnya, dan dengan pemotongan kadar faedah yang telah diumumkan pada hari Selasa lalu, bank pusat masih boleh menurunkan sekurang-kurangnya 25 mata asas sebelum kadar faedah mencapai julat terendah.

Sebelum membentuk keputusan dasar pada Q2, antara isu yang akan menjadi perhatian utama bank pusat adalah data-data bagi suku tahun pertama serta perkembangan wabak covid-19 ke atas aktiviti ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: