Kadar Kebangkrapan Di Jepun Susut Ke Paras Terendah 31 Tahun Lalu

Kadar Kebangkrapan Di Jepun Susut Ke Paras Terendah 31 Tahun Lalu

Kemuflisan di Jepun menyusut dalam tempoh enam bulan sehingga September ke paras terendah 31 tahun lalu, didorong oleh bantuan yang diperkenalkan ole

Kemuflisan di Jepun menyusut dalam tempoh enam bulan sehingga September ke paras terendah 31 tahun lalu, didorong oleh bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan dan bank pusat.

Data Tokyo Shoko Research yang diterbitkan pada hari ini menunjukkan angka kebangkrapan di Jepun jatuh 9.4% berbanding tahun lalu kepada 3,858 kes.

483 buah syarikat menyebutkan bahawa koronavirus menjadi faktor utama menyebabkan mereka kehilangan perniagaan terutamanya restoran dan perhotelan.

Penyusutan angka kebangkrapan di kalangan para peniaga menunjukkan kejayaan kerajaan menyelaraskan usaha bagi membantu membebaskan syarikat daripada bebanan hutang sepanjang tempoh wabak.

Namun ianya juga menambah kebimbangan di kalangan pelabur yang melihat apakah bantuan ini hanya akan menghidupkan syarikat-syarikat “zombie” yang tidak lagi mampu beroperasi.

Faktor lain juga dilihat mendorong penyusutan tersebut seperti penutupan mahkamah dan pejabat undang-undang di seluruh negara pada Mei.

Walau bagaimanapun, angka kebangkrapan ini masih berpotensi untuk kembali meningkat setelah dasar-dasar berkaitan virus seperti program ransangan kerajaan Jepun tamat pada akhir tahun manakala program fasiliti pinjaman Bank Pusat Jepun pula bakal berakhir pada akhir Mac tahun 2021.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: