Kadar Pengangguran Australia Melonjak Ke Paras Tertinggi 19 Tahun Lalu

Kadar Pengangguran Australia Melonjak Ke Paras Tertinggi 19 Tahun Lalu

Kadar pengangguran Australia pada bulan Mei meningkat ke paras tertinggi dua dekad yang lalu dengan hampir setengah juta orang kehilangan pekerjaan a

Kadar pengangguran Australia pada bulan Mei meningkat ke paras tertinggi dua dekad yang lalu dengan hampir setengah juta orang kehilangan pekerjaan apabila ekonomi ditutup akibat penularan wabak Covid-19.

Memetik laporan Biro Statistik Australia (ABS) pada hari Khamis, pekerjaan pada bulan Mei menjunam 227,700 setelah merekodkan penurunan sekitar 600,000 pada bulan sebelumnya.

Kadar pengangguran bulan Mei dilaporkan melonjak ke paras tertinggi Oktober 2001 sekitar 7.1% dengan tinjauan semula data bulan April naik kepada 6.4%.

Kadar penyertaan pula menurun daripada 63.6% kepada 62.9% pada bulan April berikutan jumlah mereka yang mencari pekerjaan semakin sedikit kerana bantuan skim subsidi gaji oleh kerajaan membolehkan perniagaan mengekalkan kakitangan di bawah penggajian mereka.

Hal ini bermaksud jumlah penganggur yang dihitung adalah lebih sedikit daripada jangkaan kerana kadar pengangguran berpotensi naik lebih tinggi ke paras 9.6% jika kesemua mereka berhenti mencari pekerjaan, jelas ABS.

Angka-angka di atas juga menunjukkan sejauh mana kerosakan ekonomi yang disebabkan oleh wabak selepas kawalan pergerakan yang diperkenalkan sejak akhir Mac lalu memaksa perniagaan-perniagaan ditutup.

Australia kini sedang menghadapi kemelesetan pertama dalam hampir tiga dekad dengan bank pusat (RBA) negara itu meramalkan kadar pengangguran akan mencecah 10% pada bulan Jun dan terus meningkat hingga 2021.

RBA turut mengumumkan pemotongan kadar faedah ke paras terendah dalam sejarah 0.25%, melambakkan sistem kewangan dengan tunai dan membeli bon kerajaan untuk menurunkkan kadar pinjaman kepada para peniaga.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: