Kanabis Kekal Sebagai Bahan Terlarang Di Bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 – PM Muhyiddin

Kanabis Kekal Sebagai Bahan Terlarang Di Bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 – PM Muhyiddin

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Khamis berkata kerajaan tidak akan mengubah status kawalan kanabis dan semua bahan dadah

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Khamis berkata kerajaan tidak akan mengubah status kawalan kanabis dan semua bahan dadah berkaitan sebagaimana yang tertakluk di bawah penguatkuasaan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau menegaskan bahawa bahan terlarang tersebut jelas membawa kemudaratan kepada masyarakat walaupun persidangan Semula Sesi Ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik di Vienna bersetuju untuk menggugurkan kanabis daripada Jadual IV Konvesyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961.

“Kerajaan telah mensasarkan ‘Dadah Terkawal 2025’ sebagai perancangan jangka masa lima tahun, seiring dengan matlamat Dasar Dadah Negara”.

“Perancangan yang bersifat inklusif dan menyeluruh ini juga bertujuan mengukuhkan kerjasama antara sektor awam, swasta dan pertubuhan masyarakat ke arah komuniti yang bebas dadah”, jelas Muhyiddin dalam ucapan sempena hari Antidadah Kebangsaan 2021 semalam.

Selain itu, antara objektif utama yang lain adalah untuk mengawal, membendung dan membasmi masalah dadah secara terancang terutamanya di 155 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: