Kapsyen “Signing Off” Krew Malindo Air Tular, Menandakan Bahawa Pemecatan Sudah Bermula

Kapsyen “Signing Off” Krew Malindo Air Tular, Menandakan Bahawa Pemecatan Sudah Bermula

Malindo Airways kembali menjadi bualan rakyat Malaysia berikutan kapsyen "Signing Off" krew penerbangan Malindo menerusi ciapan Twitter dan muat naik

Malindo Airways kembali menjadi bualan rakyat Malaysia berikutan kapsyen “Signing Off” krew penerbangan Malindo menerusi ciapan Twitter dan muat naik gambar di Instagram.

Malindo Airways Sdn Bhd antara syarikat penerbangan yang tidak terkecuali dalam mengambil langkah mengurangkan pekerja ekoran pengecilan saiz operasi syarikat berhadapan krisis wabak ketika ini.

Syarikat yang mempunyai 3,200 tenaga kerja telah mengumumkan keputusan untuk mengurangkan lebih separuh atau sekitar 2,200 kakitangannya pada pertengahan bulan Oktober lalu.

Malindo juga akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media tempatan, proses pemberhentian kerja ini dijangka selesai pada 30 November, manakala kakitangan yang tidak terjejas akan melakukan tugasan yang pelbagai.

Selain Malindo, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd juga telah mengesahkan pemberhentian 10% daripada 24,000 kakitangan mereka pada 9 Oktober lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: