Kastam AS Rampas 3.97 Juta Sarung Tangan Top Glove

Kastam AS Rampas 3.97 Juta Sarung Tangan Top Glove

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) merampas penghantaran 3.97 juta sarung tangan getah nitril bernilai RM2.13 juta (A

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) merampas penghantaran 3.97 juta sarung tangan getah nitril bernilai RM2.13 juta (AS$518,000) oleh anak syarikat Top Glove Corp Bhd atas dakwaan ianya dibuat oleh buruh paksa.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, agensi itu mengatakan penghantaran tersebut telah disita setelah pemeriksaan oleh pegawai CBP mendedahkan bahawa sarung tangan itu dihasilkan di Malaysia oleh anak syarikat Top Glove.

“Penyitaan ini memberi mesej yang tegas bahawa CBP tidak akan bertolak ansur dengan import yang dibuat oleh buruh paksa, yang mana merupakan bentuk perhambaan moden yang akan menyakiti pekerja yang tidak berdaya dan mengancam ekonomi kita.” jelas mereka.

CBP pada 29 Mac lalu telah mengeluarkan satu hasil penemuan buruh paksa berdasarkan bukti dari beberapa indikator dalam proses pengeluaran sarung tangan perubatan terbesar di dunia itu.

Antara pentujuk yang digunakan sebagai penilaian merangkumi ikatan hutang, kerja lebih masa, tempat kerja dan tempoat tinggal yang tidak baik dan penyimpanan dokumen pengenalan diri, jelas CBP.

“CBP terus memastikan pengimportan alat pelindung diri (PPE) yang sah dan diperlukan untuk pandemik COVID-19 disamping memastikan bahawa PPE dibenarkan dan selamat digunakan,” tambah mereka.

Top Glove walau bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan tiada isu tambahan baharu berkaitan buruh paksa ditemukan.

Mereka juga telah melantik pihak perunding untuk mengesahkan rancangan tindakan pembetulan bagi menyelesaikan kewujudan indikator-indikator buruh paksa dalam operasinya.

Namun penemuan terbaru CBP ini memerlukan pengesahan lanjut dan Top Glove berkata mereka akan terus memberi kerjasama secara aktif bagi memperbetul sepenuhnya isu yang dikenal pasti.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: