KDNK China Meningkat Pada Suku Ketiga Disebalik Kelembapan Industri Hartanah Dan Pembinaan.

KDNK China Meningkat Pada Suku Ketiga Disebalik Kelembapan Industri Hartanah Dan Pembinaan.

China dilaporkan mengalami lonjakan ekonomi yang kukuh pada suku ketiga tahunan seperti data yang dikeluarkan pada hari jumaat, dikukuhkan dengan indu

China dilaporkan mengalami lonjakan ekonomi yang kukuh pada suku ketiga tahunan seperti data yang dikeluarkan pada hari jumaat, dikukuhkan dengan industri perkhidmatan yang baik walaupun industri hartanah dan pembinaan mulai merasakan bahang kelembapan.

Dalam pecahan yang lebih teperinci yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Nasional daripada suku ketiga KDNK yang dikeluarkan pada hari Khamis, sector hartanah China berkembang sebanyak 3.9% pada suku kedua sekaligus menjadi tempoh yang paling perlahan dalam masa dua (2) tahun.

Dari data yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Nasional ( NBS ) ledakan dalam aktiviti pembinaan merosot dari 5.4% pada suku kedua kepada 4% menjadikan ia perkembangan paling buruk sejak suku keempat tahun 2000.

Industri pembinaan dan hartanah keseluruhan mencatatkan 13.3%, dengan hartanah secara sendirinya telah memberi impak kepada lebih 40 industri lain.

China telah meramalkan lonjakan industri pada separuh tahun pertama 2017, yang dipimpin oleh permulihan yang sulit dalam sektor industry dimana ia mewakili satu per tiga (1/3) dari ekonomi China.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: