KDNK Malaysia Susut 17.1% Pada 2Q20, Paling Rendah Di ASEAN

KDNK Malaysia Susut 17.1% Pada 2Q20, Paling Rendah Di ASEAN

Malaysia merekodkan prestasi ekonomi terburuk di serantau ASEAN apabila mencatat pengucupan KDNK terbesar pada suku tahun kedua sekitar -17.1%. Pe

Malaysia merekodkan prestasi ekonomi terburuk di serantau ASEAN apabila mencatat pengucupan KDNK terbesar pada suku tahun kedua sekitar -17.1%.

Penyusutan dua digit angka pertumbuhan suku tahunan tersebut merupakan yang terburuk sejak 1998, diikuti dengan sekatan serta kawalan pergerakan yang belum pernah terjadi bagi membendung penyebaran Covid-19.

Keadaan ini telah memaksa Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran KDNK 2020 dari -2% hingga 0.5% kepada -5.5% hingga -3.5%.

Namun Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus pada hari ini mengatakan ekonomi dijangka pulih dan mencatat pertumbuhan 5.5% hingga 8% pada tahun hadapan.

Melihat kepada pertumbuhan serantau, Singapura baru-baru ini mengumumkan penyusutan KDNK sekitar -13.2% pada Q2, menghumban negara ke dalam kemelesetan teknikal pertama dalam tempoh 11 tahun.

Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura ketika menerbitkan laporan Prestasi Ekonomi terbaru bagi 2Q20, mengecilkan julat ramalan KDNK bagi tahun 2020 dari -7% hingga -4% kepada -7% hingga -5%.

Indonesia juga berhadapan nasib yang sama apabila masuk ke dalam kemelesetan teknikal pada Q2 dengan pengucupan KDNK sekitar -5.32%, paras terendah sejak suku tahun pertama 1999.

Selain itu, 3.7 juta rakyat Indonesia dilaporkan kehilangan pekerjaan mereka pada tahun ini, dengan jumlah dijangka mencecah 10 juta pada akhir tahun 2020.

Filipina juga tidak terlepas dari kemelesetan sepanjang April-Jun dengan KDNK susut -16.5%, terbesar sejak tahun 1981.

Satu-satunya negara yang mencatat pertumbuhan positif setakat 2Q20 adalah Vietnam, walaupun lebih perlahan namun menyaksikan ekonomi tumbuh 0.36%, dengan Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc komited untuk mengekalkan pertumbuhan di atas 5%.

Thailand pula masih belum mengumumkan data KDNK 2Q20 mereka, namun ekonomi diramalkan mengucup sekitar 12% hingga 13%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: