KDNK UK Sukuan Ketiga Sudah Dikeluarkan. Melegakan? Brexit?

KDNK UK Sukuan Ketiga Sudah Dikeluarkan. Melegakan? Brexit?

Hari ini tepat jam 4.30 petang waktu Malaysia, data berkala KDNK bagi sukuan ketiga 2016 dari UK telah dikeluarkan. Mengejutkan! Itulah yang boleh diu

Hari ini tepat jam 4.30 petang waktu Malaysia, data berkala KDNK bagi sukuan ketiga 2016 dari UK telah dikeluarkan. Mengejutkan! Itulah yang boleh diulas hanya berdasarkan data KDNK sukuan ketiga 2016 itu. Jangkaan menurut lawan web forexfactory adalah 0.3% pertumbuhan namun data sebenar memberi angka pertumbuhan KDNK 0.5%. Data lalu telah disemak semula kepada 0.7% daripada 0.6%.

 

Secara amnya daripada hasil KDNK menunjukkan ekonomi UK berkembang sebanyak 0.5% bagi tempoh masa Julai hingga September berbanding sukuan yang lalu 0.7%. Momentum pertumbuhan KDNK jika diperhalusi lebih perlahan berbanding sukuan yang lalu. Data KDNK yang dikeluarkan tadi petang banyak disumbangkan oleh sektor-sektor dominan UK seperti Industri Penyiaran.

 

Jika dilihat melalui data KDNK sukuan ketiga ini, impak segera Brexit ke atas ekonomi UK yang ditakuti sejak referendum Brexit seperti tidak kelihatan. Namun adalah terlalu awal bagi kita untuk membuat kesimpulan kesan sebenar Brexit.

 

Dalam ucapan lalu Gabenor Bank of England, Mark Carney ada menyatakan kebimbangan nilai Pound yang jatuh mendadak akan mengganggu pertumbuhan ekonomi UK.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: