kakao

Kebakaran Pusat Data Tambah Dorongan Untuk Terus Menjual Saham Kakao Corp

Saham Kakao Corp jatuh merudum selepas kebakaran di pusat data hujung minggu lalu mengganggu perkhidmatan di gergasi internet itu.

Saham syarikat itu turun sebanyak 9.5% kepada paras terendah sejak Mei 2020 sebelum ditutup 5.9% lebih rendah.

Ia adalah salah satu perubahan terbesar pada penanda aras Kospi hari ini, bersama-sama dengan anak syarikatnya yang lain, Kakaopay Corp dan KakaoBank Corp.

Kebakaran yang berlaku telah menghentikan pemesejan, pembayaran, permainan dan perkhidmatan popular lain selama berjam-jam pada Sabtu hujung minggu yang lalu.

Setakat pagi Isnin, perkhidmatan utama KakaoTalk, aplikasi pemesejan pertama Korea, kebanyakannya telah dipulihkan, manakala perkhidmatan mel dan peta masih terhad, kata Kakao.

KakaoBank pula mengumumkab bahawa semua perkhidmatannya telah kembali normal pada hari ini.

Insiden itu mengundang kritikan lanjut mengenai kebergantungan negara Korea kepada kumpulan itu, yang telah menerima aduan awam dan tindakan keras kawal selia terhadap dominasinya dalam pasaran selepas mengalami pertumbuhan yang terlalu pesat.

Saham Kakao telah merosot hampir 60% tahun ini manakala KakaoBank telah susut lebih daripada 70% dan Kakaopay telah menjunam 80%.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk menambah baik sehingga perkhidmatan pulih sepenuhnya,” kata Kakao pada Isnin.

Kakao menjangkakan kesan terhad daripada gangguan itu ke atas hasil pendapatanya, kata gergasi perkhidmatan internet itu dalam satu dokumen kawal selia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *