Kebangkitan Pasaran Ekuiti Menekan Harga Emas Pada Hari Isnin

Kebangkitan Pasaran Ekuiti Menekan Harga Emas Pada Hari Isnin

Harga emas jatuh pada hari Isnin sementara pasaran ekuiti Asia dan Eropah didagang lebih tinggi. Kontrak emas di NYMEX sehingga jam 6.05 petang su

Harga emas jatuh pada hari Isnin sementara pasaran ekuiti Asia dan Eropah didagang lebih tinggi.

Kontrak emas di NYMEX sehingga jam 6.05 petang susut hampir 1% atau $14.25 kepada $1,509.45 per auns.

Tiga acara yang menjadi fokus para pelabur emas pada minggu ini iaitu minit mesyuarat Fed bulan Julai yang akan diterbitkan pada hari Rabu, simposium tahunan Dasar Ekonomi Jackson Hole bermula hari Khamis dan ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Jumaat.

Para pelabur juga akan terus mengikuti perkembangan hubungan perdagangan antara AS-China selepas Trump mengulangi kenyataan bahawa beliau belum bersedia mendapatkan perjanjian dengan China.

Pendirian Trump ini turut mengisyaratkan bahawa beliau menginginkan Beijing untuk menyelesaikan terlebih dahulu isu mereka dengan Hong Kong.

Walaupun harga logam berharga kuning merosot pada hari ini, dan sebahagian penganalsis tetap cenderung dengan kekuatan permintaan safe haven emas.

Sejak awal bulan Ogos yang lalu, emas berjaya merekodkan keuntungan sekitar 6% atau $90, didorong oleh konflik perdagangan dan tindakan bank-bank pusat membeli lebih banyak fizikal emas reaksi ke atas kelemahan data ekonomi global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: