Kebimbangan Kejatuhan Ekonomi Akibat Virus Membenam Harga Minyak

Kebimbangan Kejatuhan Ekonomi Akibat Virus Membenam Harga Minyak

Harga minyak kekal negatif pada ketiga-tiga sesi dagangan hari Jumaat, didorong oleh kebimbangan coronavirus di China memberi tekanan kepada data bek

Harga minyak kekal negatif pada ketiga-tiga sesi dagangan hari Jumaat, didorong oleh kebimbangan coronavirus di China memberi tekanan kepada data bekalan.

EIA melaporkan penambahan sekitar 414,000 tong minyak pada minggu lalu, lebih rendah berbanding analisis yang menjangkakan penambahan 2.5 juta tong.

Selain itu, pasaran juga dikejutkan dengan penurunan bekalan gasolin sebanyak 2 juta tong walaupun ahli ekonomi menjangkakan penambahan sekitar 435,000 tong.

Laporan bekalan tersebut pada awalnya telah memberi sokongan kepada peningkatan harga minyak sehingga naik lebih 1% pada hari Khamis lalu sebelum berundur akibat kebimbangan terhadap penambahan kes jangkitan virus yang baru.

Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus juga mengakui penurunan pada angka jangkitan coronavirus, namun tetap memberi amaran tentang potensi merebaknya virus ini secara global pada bila-bila masa.

Kenyataan tersebut mengembalikan kebimbangan pelabur terhadap impak virus ke atas ekonomi sehingga mengelabui usaha China untuk meransang permintaan menerusi kadar faedah yang lebih rendah.

Sehingga jam 11.20 malam, kontrak futures minyak WTI di NYMEX susut 2% atau $1.10 ke paras $52.85 sementara minyak antarabangsa Brent jatuh 2.18% ke pada $58.02 setong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: