Kebimbangan Terhadap Isu Lebih Bekalan Mereda, Pasaran Minyak Tutup Sebahagian Kerugian

Kebimbangan Terhadap Isu Lebih Bekalan Mereda, Pasaran Minyak Tutup Sebahagian Kerugian

Harga minyak masih didagang berhampiran zon tertinggi harian pada akhir sesi dagangan Eropah, menutup satu pertiga kejatuhan yang direkodkan pada har

Harga minyak masih didagang berhampiran zon tertinggi harian pada akhir sesi dagangan Eropah, menutup satu pertiga kejatuhan yang direkodkan pada hari Isnin lalu.

Kontrak minyak WTI sehingga jam 7 petang didagang sekitar $59.70, naik $1 atau 1.8% sementara minyak Brent pula naik 85 sen kepada $63 setong selepas kedua-duanya mencatat penurunan $3 pada sesi yang lepas.

Antara faktor yang mendorong peningkatan tersebut adalah meredanya kebimbangan terhadap risiko lebihan bekalan minyak akibat ‘lockdown’ di UK serta data-data ekonomi AS yang memberangsangkan.

OPEC+ pada hari Khamis yang lepas bersetuju untuk mengurangkan had pemotongan output antara Mei dan Julai berikutan mengunjurkan pemulihan ekonomi AS yang stabil dan kukuh.

Pengumuman itu juga bertepatan dengan peningkatan pengeluaran di Iran sehingga mendorong penjualan minyak yang agresif di awal pembukaan pasaran minggu ini.

Selain itu, laporan yang menyebutkan bahawa program imunisasi EU mungkin akan mencapai sasaran lebih awal dari jangkaan turut menyokong optimis para pelabur.

Bloomberg melaporkan bahawa Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol akan mempunyai bekalan vaksin yang cukup, sekurang-kurangnya 57% daripada seluruh populasi mereka pada akhir Jun ini.

Walau bagaimanapun, sentimen bullish yang mempengaruhi USD berpotensi menghadkan peningkatan berikutan nilai USD yang tinggi cenderung untuk melemahkan permintaan komoditi dalam dolar seperti minyak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: