Kebimbangan Terhadap Isu Permintaan, Harga Minyak Jatuh Lebih 5%

Kebimbangan Terhadap Isu Permintaan, Harga Minyak Jatuh Lebih 5%

Harga minyak terus terbenam pada sesi dagangan lalu, merosot lebih lima peratus berikutan para pelabur semakin bimbang dengan tahap permintaan diteng

Harga minyak terus terbenam pada sesi dagangan lalu, merosot lebih lima peratus berikutan para pelabur semakin bimbang dengan tahap permintaan ditengah-tengah krisis terbaru koronavirus.

Sehingga jam 6.45 pagi, kontrak WTI bagi penghantaran bulan Disember susut 5.4% kepada AS$37.44 setong, manakala Brent pula jatuh 4.6% kepada AS$39.22

“Gelombang kedua Covid telah melanda, dan mungkin akan muncul gelombang berikutnya, dengan pergerakan yang disekat dan tertutupnya perniagaan, pengaruh ke atas permintaan minyak akan berlaku dengan cepat”, jelas pengerusi Alfa Energy John Hall.

“Kami juga menjangkakan lonjakan stok simpanan yang lebih tinggi di AS setelah berlakunya ribut baru-baru ini dan secara keseluruhan, industri ini belum sedia untuk bangkit”, tambah beliau.

Peningkatan stok simpanan minyak di AS mengisyaratkan permintaan yang lemah daripada negara pengguna utama, yang mana cenderung mendorong harga jatuh ke paras yang lebih rendah.

Selain itu kerugian pasaran minyak turut menggambarkan sell-off saham global secara meluas.

“Harga jatuh berikutan wabak Covid-19 semakin meningkat, penambahan angka jangkitan harian baru yang tinggi di sebahagian negara telah mengakibatkan kerajaan memperkenalkan semula sekatan pergerakan yang mana kemudiannya akan melemahkan permintaan minyak”, kata ketua pasaran minyak Rystad Energy, Bjornar Tonhaugen.

Beliau juga menyebutkan, “Berita daripada Eropah juga mendorong penyusutan harga, dengan Perancis dan Jerman kedua-duanya dijangka mengumumkan sekatan pergerakan terbaru bagi menangani gelombang Covid kedua”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: