Kebimbangan Terhadap Isu Wabak Coronavirus Menenggelamkan Permintaan AUD

Kebimbangan Terhadap Isu Wabak Coronavirus Menenggelamkan Permintaan AUD

Gelombang Coronavirus Wuhan terus menganggu sentimen pasaran kewangan pada hari Isnin dengan matawang sensitif risiko seperti dolar Australia jatuh k

Gelombang Coronavirus Wuhan terus menganggu sentimen pasaran kewangan pada hari Isnin dengan matawang sensitif risiko seperti dolar Australia jatuh ke paras terendah yang baru sementara permintaan safe haven Yen dan emas melonjak.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China pada hari Ahad yang lalu memberi amaran tentang keupayaan virus ini merebak dan berkemungkinan akan meningkatkan jumlah kes jangkitan virus sedia ada.

Di China, jumlah kematian yang dilaporkan telah meningkat kepada 81 orang dan 3,000 kes jangkitan telah disahkan. Virus yang sama juga mula dikesan di AS, Korea Selatan, Australia, Kanada, Perancis, Jepun, Malaysia dan Vietnam.

Dalam usaha membendung wabak ini daripada merebak, kerajaan China telah mengumumkan lanjutan cuti umum bagi Tahun Baru Lunar sehingga 2 Februari.

Kebimbangan berlakunya kejatuhan ekonomi akibat serangan wabak ini telah memicu mood risk-off di dalam pasaran sehingga meningkatkan aliran masuk aset-aset safe haven pada hari Isnin.

Yen Jepun dan emas kedua-duanya melonjak tinggi berbanding dollar sementara matawang sensitif risiko seperti AUD dan NZD jatuh ke paras terendah tahunan yang baru.

Selain itu, AUD juga jatuh ditekan oleh jangkaan rate cut RBA di samping Aussie juga dilihat sebagai proksi kepada Yuan China berikutan Austaralia adalah rakan dagangan terbesar bagi negara China.

Sehingga jam 10.30 malam, AUD/USD didagang sekitar 0.6770, susut -0.83% atau hampir 60 pips.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: