Kebimbangan Terhadap Pertumbuhan Global Menyokong Safe Haven, Dollar Stabil Di Paras Tertinggi

Kebimbangan Terhadap Pertumbuhan Global Menyokong Safe Haven, Dollar Stabil Di Paras Tertinggi

Dollar bergerak menghampiri paras tertinggi dua minggu berbanding matawang utama yang lain pada hari Selasa berikutan kelembapan ekonomi di China yan

Dollar bergerak menghampiri paras tertinggi dua minggu berbanding matawang utama yang lain pada hari Selasa berikutan kelembapan ekonomi di China yang jatuh ke paras terendah 28-tahun yang lalu telah memicu semula kebimbangan pasaran terhadap risiko pertumbuhan global.

International Monetary Fund (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan global mereka bagi tahun 2019 dan 2020 dengan menjelaskan kemelesetan yang lebih besar dijangka berlaku di China dan Zon Eropah.

Di samping itu, mereka turut menyatakan jika konflik perdagangan gagal diselesaikan, akan tercetus lebih banyak ketidakstabilan yang berpotensi memperlahankan ekonomi global.

Laporan penurunan outlook ini dikeluarkan beberapa jam selepas China menerbitkan bacaan pertumbuhan GDP Q4 yang terburuk sejak krisis kewangan yang lalu.

Angka pertumbuhan yang paling lemah sejak tahun 1990 telah meningkatkan aliran matawang safe haven seperti dollar dan yen.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain stabil di paras tertinggi, naik 0.06% kepada 96.05 setakat jam 1.10 petang.

Permintaan yen pula kekal tinggi berbanding dollar dengan USD/JPY terus didagang pada harga yang lebih rendah, susut -0.17% kepada 109.47.

Berlatar belakangkan kelembapan ekonomi dan penyusutan harga minyak, penganalisis menjangkakan Bank Pusat Jepun (BoJ) akan terus mengekalkan ransangan dasar kewangan mereka sepanjang tahun ini disamping menurunkan outlook bagi inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Secara keseluruhan, dollar juga akan terkesan dengan momentum ekonomi global yang semakin perlahan, memaksa Fed untuk mengambil langkah yang lebih berjaga-jaga terhadap keputusan dasar mereka tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: