Kebimbangan Terhadap Virus Memuncak, Meningkatkan Permintaan Safe Haven Emas

Kebimbangan Terhadap Virus Memuncak, Meningkatkan Permintaan Safe Haven Emas

Harga emas melonjak ke paras tertinggi pada hari Khamis yang lalu berikutan permintaan safe haven melonjak apabila pasaran dikejutkan dengan peningka

Harga emas melonjak ke paras tertinggi pada hari Khamis yang lalu berikutan permintaan safe haven melonjak apabila pasaran dikejutkan dengan peningkatan angka kematian dan jangkitan akibat coronavirus di China.

Kontrak futures emas di Comex NYMEX melonjak hampir $10 pada hari Rabu, naik 0.82% kepada $1,580.25 per auns.

Dengan sistem diagnosis baru yang lebih meluas, pegawai kesihatan China di wilayah Hubei telah melaporkan peningkatan 242 kes kematian dan 14,840 kes jangkitan yang baru.

Jepun pula melaporkan kematian pertama, wanita berumur 80-an yang telah dimasukkan ke dalam hospital sejak awal Februari yang lalu.

Laporan tersebut mengesahkan kematian yang ketiga akibat jangkitan coronavirus diluar China selepas Filipina dan Hong Kong.

Penganalisis daripada TD Securities menyebut aliran margin hari ke hari pasaran emas dilihat akan terus dipengaruhi oleh perubahan sentimen kerana kaitannya dengan permintaan safe haven.

Laporan kes jangkitan dan angka kematian akibat coronavirus yang terus meningkat di Hubei China akaibt kaedah diagnos yang baru telah memicu kembali kebimbangan terhadap outlook ekonomi global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: