Kebimbangan Varian Delta, Pasaran Hindari Risiko, Pulih Permintaan USD

Kebimbangan Varian Delta, Pasaran Hindari Risiko, Pulih Permintaan USD

Permintaan greenback (USD) pulih berikutan kejatuhan hasil bon AS mulai reda walaupun tanpa dorongan dari katalis baharu. Varian delta Covid-19 me

Permintaan greenback (USD) pulih berikutan kejatuhan hasil bon AS mulai reda walaupun tanpa dorongan dari katalis baharu.

Varian delta Covid-19 merupakan kebimbangan terbesar ketika ini, namun selagi kemasukan ke hospital dan komplikasi yang serius adalah terhad di negara-negara dengan kadar suntikan yang tinggi, para pelabur masih meneruskan pembelian pada harga yang rendah.

Malah, hampir kesemua pakar perubatan dan ketua negara meyakini bahawa vaksinasi yang meluas adalah penyelesaian untuk melambatkan penyebaran varian Delta.

Walau bagaimanapun, Kathy Lien pengarah urusan BK Asset Management dalam notanya tetap memperingatkan bahawa trend pembelian tersebut masih mampu berubah dengan cepat.

Hal ini kerana, kebanyakkan mata wang utama yang lain tidak mengikuti pemulihan dolar AS, terutamanya euro, pound, AUD dan NZD yang masih menyaksikan penyusutan berbanding mata wang lain.

Menjelang keputusan dasar kewangan Bank Pusat Eropah (ECB) pada Khamis, EUR/USD telah jatuh mencecah paras terendah tiga bulan.

AUD/USD pula jatuh ke paras terendah lapan bulan lalu selepas minit mesyuarat Rizab Bank Australia (RBA) menunjukkan tiada sebarang alasan untuk menaikkan kadar faedah sebelum 2024.

Tambahan pula, dengan sekatan yang dilaksanakan di Sydney dan Melbourne, RBA berkemungkinan akan menarik semula keputusan untuk mengecilkan pembelian bon pada bulan hadapan bagi mengembalikan rangsangan.

Pound pula mencatat prestasi terburuk. Walaupun kebanyakkan sekatan akibat pandemik telah dihapuskan, masih terdapat beberapa keraguan bahawa langkah tersebut akan menghentikan lonjakan kes jangkitan harian terbaru.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: