Kebuntuan Ransangan Fiskal Yang Baru Mengekang Pembelian USD Yang Agresif

Kebuntuan Ransangan Fiskal Yang Baru Mengekang Pembelian USD Yang Agresif

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain masih bergerak naik dan turun di atas paras 93.00 mata sepanjang

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain masih bergerak naik dan turun di atas paras 93.00 mata sepanjang hari pertama dagangan minggu ini.

Minit mesyuarat FOMC yang kurang dovish pada hari Rabu minggu lalu dilihat berjaya membentuk support yang baik pada indeks sekitar 92.00 mata.

Walau bagaimanapun, kebuntuan langkah-langkah rangsangan fiskal AS yang seterusnya telah menahan para pedagang USD daripada meletakkan sebarang posisi yang agresif.

Selain itu, pendakian USD juga terhalang oleh data-data ekonomi AS pada hari ini yang mana hanya menambah spekulasi bahawa Fed akan memperkenalkan dasar monetari yang lebih longgar.

Tanpa sebarang perubahan yang signifikan terhadap outlook pemulihan ekonomi AS, fokus pasaran pada minggu ini tertumpu kepada ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell di simposium Jackson Hole pada hari Khamis.

Powell dijangka membincangkan mengenai hal-hal berkaitan dasar dan dengan unjuran yang lebih jelas, ianya akan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi dinamik pergerakan USD bagi jangka masa pendek.

Di samping faktor-faktor di atas, mood pasaran yang lebih optimis turut memberi tekanan kepada status safe haven greenback (USD).

Sentimen risiko global kini masih disokong oleh peningkatan keyakinan terhadap potensi vaksin yang akan digunakan bagi membendung penularan wabak koronavirus.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: