Keengganan OPEC+ Meningkatkan Pengeluaran Melonjakkan Harga Minyak Mentah .

Keengganan OPEC+ Meningkatkan Pengeluaran Melonjakkan Harga Minyak Mentah .

  Selasa, harga minyak mentah dunia meningkat ke paras tertinggi dalam masa empat ( 4 ) tahun selepas Organisasi Negara Pengeksport Petroleum

 

Selasa, harga minyak mentah dunia meningkat ke paras tertinggi dalam masa empat ( 4 ) tahun selepas Organisasi Negara Pengeksport Petroleum ( OPEC ) enggan untuk meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan pasaran, tindakan tersebut adalah untuk membantah sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran yang bakal dilaksanakan pada November.

Pada jam 0421 GMT, niagaan hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada paras harga $81.45 setong dengan peningkatan 25sen atau 0.3%, semalam Brent mencatatkan peningkatan tertinggi sejak November 2014 dengan kenaikkan mencecah kepada harga $81.48.

Manakala niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate ( WTI ) pula mencatatkan perningkatan 19 sen atau 0.3% dari harga penutup semalam dan didagangkan pada harga $72.27

Bermula pada 4 November Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan terhadap eksport minyak Iran, Washington juga memberi tekanan kepada negara-negara pengeksport serta syarikat-syarikat untuk menyokong usaha tersebut sekaligus memberhentikan pembelian petroleum dari negara terbabit.

Ketua Strategi pasaran komoditi global untuk Bank Perancis, BNP Paribas berucap kepada Forum Minyak Global Reuters berkata, sekatan yang dikenakan kepada iran yang menyebabkan pasaran kehilangan jumlah eksport yang sangat besar serta keengganan OPEC+ untuk meningkatkan pengeluaran akan menyebabkan pasaran tiada sandaran untuk mengisi kekosongan bekalan yang ditingalkan Iran.

OPEC + adalah nama yang diberikan kepada kumpulan pengeluar minyak, termasuk pembekal bukan OPEC Rusia, yang bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bermula pada tahun 2017.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: