Keengganan Risiko Kekal Menjadi Pemandu Utama Pasaran Pada Minggu Ini

Keengganan Risiko Kekal Menjadi Pemandu Utama Pasaran Pada Minggu Ini

Rekod terbaru kes jangkitan koronavirus di AS telah menambah kebimbangan terhadap potensi pemulihan ekonomi. Risk-aversion atau keengganan risiko

Rekod terbaru kes jangkitan koronavirus di AS telah menambah kebimbangan terhadap potensi pemulihan ekonomi.

Risk-aversion atau keengganan risiko menjadi tema dagangan pada hari Jumaat yang lepas dengan USD mengukuh sebagai pilihan safe haven sementara tiga indeks ekuiti utama Wall Street jatuh lebih 2%.

Hampir kesemua pasangan matawang utama tutup dengan perubahan yang kecil kecuali GBP/USD yang mana telah jatuh ke paras terendah bulanan yang baru sekitar 1.23 dan dijangka berhadapan dengan pergerakan yang lebih besar berikutan aliran pada akhir suku tahunan.

Pasaran komoditi pula bercampur dengan harga minyak mentah masih ditekan akibat harapan pemulihan ekonomi yang memudar pada pertengahan tahun kedua manakala harga emas melonjak dengan dorongan permintaan safe haven.

PM UK Boris Johnson pada hujung minggu dilaporkan akan mengumumkan pembentukan pasukan bagi mempercepat proses perbelanjaan infrastruktur dan menambah dorongan kepada pemulihan ekonomi negara.

Mengikuti perkembangan isu Brexit, Canselor Jerman memberi amaran bahawa UK mesti “berhadapan dengan akibat” meninggalkan EU, manakala PM Johnson pula mengancam untuk menarik diri daripada perbincangan selepas itu.

Menurut jabatan Perdana Menteri UK, mereka bersedia untuk keluar dengan mengikuti “syarat Australia” jika berjaya mencapai kesepakatan dengan Eropah.

Australia tidak mempunyai perjanjian perdagangan yang besar dengan Britian kecuali beberapa siri perjanjian kecil di mana ianya akan menghasilkan keputusan yang hampir sama seperti meninggalkan EU tanpa kesepakatan.

Pada hari Isnin, fokus pelabur juga akan tertumpu kepada data bekalan wang sejak bulan Mei dan perwakilan dari kedua-dua buah negara juga akan meneruskan perbincangan mengenai Brexit pada hari yang sama.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: