Kegagalan Memutuskan Perjanjian Brexit, GBP/USD Terhempas

Kegagalan Memutuskan Perjanjian Brexit, GBP/USD Terhempas

Pada hari Isnin yang lepas, Presiden EU Jean-Claude Juncker berkata mustahil untuk Brexit mencapai sebarang kata putus hari ini (Isnin). Walau bagaima

Pada hari Isnin yang lepas, Presiden EU Jean-Claude Juncker berkata mustahil untuk Brexit mencapai sebarang kata putus hari ini (Isnin). Walau bagaimanapun, kemajuan dapat dilihat dan rundingan dijangka akan diteruskan.

Beliau optimis bahawa perjanjian akan termeterai sebelum EU Summit 14-15 Disember minggu hadapan. Selain itu, PM UK, Theresa May juga berkata perbincangan akan dilakukan lebih kerap.

Berkenaan perjanjian Brexit, sebarang penangguhan akan meningkatkan risiko kegagalan walaupun kemajuan atau perkembangan dalam rundingan dapat dilihat.

Sebagai contoh perjanjian antara London dan Dublin berkenaan penyelarasan peraturan antara Utara Ireland dan Republik Ireland telah meningkatkan kemarahan di UK terutamanya daripada parti DUP yang tidak ingin melihat Utara Ireland menjadi sebahagian daripada Republik.

Tambahan pula, kerajaan May yang menyokong ‘hard Brexit’ juga tidak menginginkan perkara yang sama. Hard Brexit bermaksud mereka yang ingin keluar tanpa sebarang syarat perjanjian perdagangan. Namun menteri luar negeri, Boris Johnson dan pegawai tinggi lain yang menyokong hard brexit belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengkritik hal tersebut.

Jangkaan isu perjanjian ini akan ditentang menyebabkan GBP/USD sukar mengekalkan kedudukan di atas 1.35. Selain itu kegagalan mencapai keputusan Brexit semalam telah menghumban semula GBP/USD jatuh ke paras support harian daripada 1.3520 kepada 1.3410. Kemudian harga melantun naik ke paras 1.3470 pada jam yang sama.

Julat pergerakan pasangan matawang ini volatile (naik turun) lebih 100 pips. GBP/USD kini didagangkan di paras 1.3468 pada jam 8.55 pagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: