Kegagalan Sidang Kemuncak Brexit, Punahkan Harapan ‘Buyer’ GU?

Kegagalan Sidang Kemuncak Brexit, Punahkan Harapan ‘Buyer’ GU?

Isu perang perdagangan masih belum menemui jalan keluar, namun selain daripada tindak balas yang terhad daripada China, ketegangan antara dua kuasa be

Isu perang perdagangan masih belum menemui jalan keluar, namun selain daripada tindak balas yang terhad daripada China, ketegangan antara dua kuasa besar ini dilihat tidak begitu memuncak pada minggu ini.

Pengukuhan ekonomi dan pendapatan AS telah memberi ruang kepada Federal Reserve untuk mengurangkan kesan ‘overheating’ selepas mengumumkan peningkatan kadar faedah pada minggu hadapan.

Selain itu, para pelabur juga yakin bahawa kedua-dua perjanjian NAFTA dan Brexit akan dicapai dalam tempoh masa terdekat.

Keadaan ini bukan sahaja mengubah sentimen risiko pelabur, malahan turut memulihkan pasaran ekuiti dan menolak naik kesemua matawang utama.

Walaupun AS memaparkan data ekonomi yang lebih baik, namun greenback tetap terpinggir berikutan hampir kesemua negara menunjukkan situasi yang sama, iaitu keadaan ekonomi yang positif dan stabil.

Sebagai contoh, kadar jualan runcit UK dijangka menyusut pada bulan Ogos, tetapi peningkatan kadar pendapatan telah menaikkan perbelanjaan sebanyak 0.3%

Permintaan pengguna UK tetap meningkat walaupun tekanan harga semakin naik, dan peluang ini digunakan oleh ‘buyer’ GBP/USD untuk memecahkan paras psikologi 1.32 dan telah menuju harga 1.33 pada hari Khamis yang lalu.

Walau bagaimanapun, sentimen pound kembali di pandu oleh isu berkaitan perdagangan dimana kegagalan sidang kemuncak Brexit telah mengurangkan semula permintaan pound.

GBP/USD kini didagang sekitar 1.3126, susut 0.33% setakat jam 5.15 petang.

Persoalan mengenai sempadan Irish terus menjadi penghalang kepada penyelesaian rundingan Brexit.

EU menolak pelan Chequers UK dan mengumumkan bahawa pusingani sidang kemuncak seterusnya berkemungkinan dijalankan pada pertengahan bulan November.

Berdasarkan teknikal, GBP/USD sedang berlegar di zon support 1.3210/20 dan jika paras ini gagal dipertahankan, harga berpotensi jatuh ke paras 1.3170 (S2) dan 1.3130 (S3)

1.3295 (R1) pula kekal menjadi resistance penting yang mana jika ditembusi, harga akan naik ke paras 1.3330 (R2) dan 1.3380 (R3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: