pound-gbp5

Kegawatan Pasaran Bon UK, Pound Kekal Dengan Prestasi Terlemah Sejak Krisis 2008

Kegawatan yang melanda pasaran bon kerajaan UK telah memaksa Bank Pusat England (BOE) untuk sekali lagi campur tangan bagi membendung penjualan yang merosakkan hutang negara itu.

Hal ini kerana para pelabur telah melepaskan pendedahan mereka kepada pound dalam beberapa minggu yang lalu akibat rancangan pemotongan cukai tanpa pembiayaan oleh menteri kewangan baharu UK

Walaupun pound telah pulih daripada kejatuhan di rekod terendah pada 26 September, namun penjualan bon besar-besaran telah menghentikannya.

Setakat jam 8.30 malam, GBP/USD didagang sekitar 1.1080 dengan kemerosotan lebih tiga peratus dalam empat hari dagangan.

Pound juga masih mencatat kerugian 18 peratus berbanding dolar setakat tahun ini, prestasi tahunan paling lemah berbanding dolar sejak 2008.

BoE berkata bahawa ia akan melanjutkan beberapa siri pembelian balik hutang yang dirancang termasuk bon berkaitan inflasi

Bank pusat sebelum ini telah mengatakan akan menggandakan jumlah sekuriti jangka panjang yang sanggup dibelinya untuk memastikan program pembelian balik kecemasannya berakhir dengan lancar pada hari Jumaat.

Campur tangan terbaharu BoE itu membantu menaikkan harga indeks yang berkaitan sekuriti, namun mempunyai sedikit kesan ke atas mata wang, yang mana lebih banyak dipengaruhi oleh dasar monetari dan juga kekuatan dolar.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *