Kehadiran ‘China Hawk’ Di Majlis Makan Malam Trump & Xi Pudarkan Optimis Pelabur Untuk Melihat ‘Trade Deal’ Dicapai

Kehadiran ‘China Hawk’ Di Majlis Makan Malam Trump & Xi Pudarkan Optimis Pelabur Untuk Melihat ‘Trade Deal’ Dicapai

Fokus pasaran pada hari ini akan tertumpu kepada persidangan negara G20 di Buenos Aires, Argentina berikutan para pelabur akan meneliti kemajuan rundi

Fokus pasaran pada hari ini akan tertumpu kepada persidangan negara G20 di Buenos Aires, Argentina berikutan para pelabur akan meneliti kemajuan rundingan perdagangan antara dua kuasa besar ekonomi.

Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dijangka bertemu di luar acara persidnagan dan akan mengadakan mesyuarat makan malam bersama kakitangan pada hari Sabtu.

Pasaran pada awal meletakkan harapan yang postif pada rundingan kali ini berikutan Trump menjelaskan pada hari Khamis lalu bahawa beliau sedang melakukan sesuatu ke atas dagangan bersama China walaupun belum pasti dapat dilaksanakan atau sebaliknya.

Optimis pelabur walau bagaimanapun pudar selepas White House mengesahkan kehadiran penasihat perdagangan AS Peter Navarro di majlis makan malam esok.

Navarro turut dikenali sebagai ‘China hawk’ berikutan kelantangan beliau mengkritik kaedah perdagangan China dan menulis buku yang bertajuk “Death by China: Confronting the Dragon – A Global Call to Action.”.

Walau bagaimanapun, sebarang isyarat yang menunjukkan perkembangan yang positif sebelum majlis makan malam esok tetap dapat menarik pelabur untuk kembali mencari aset-aset berisiko.

Tulisan twitter Trump juga akan diteliti berikutan ianya akan menjadi tumpuan penganalisis dan wartawan sepanjang tempoh persidangan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: