Kehangatan Perang Dagangan Meningkatkan Permintaan Yen .

Kehangatan Perang Dagangan Meningkatkan Permintaan Yen .

Selasa, dolar Amerika Syarikat didagangkan lemah berbandaing Yen Jepun pada dagangan awal sesi Asia selepas Presiden Amerika Syarikat Donal Trump memb

Selasa, dolar Amerika Syarikat didagangkan lemah berbandaing Yen Jepun pada dagangan awal sesi Asia selepas Presiden Amerika Syarikat Donal Trump memberi ancaman untuk mengenakan lebih banyak tarif yang akan dilaksanakan kepada China sekaligus menimbulkan kebimbangan berhubung perang perdagangan yang semakin meningkat antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu .

Kebimbangan perang perdagangan berterusan apabila Presiden Trump mengancam untuk mengenakan tarif berjumlah 10 peratus keatas barangan bernilai 200 Bilion keatas Beijing membuatkan Yen Jepun didagangkan pada harga 110.02 berbanding dolar Amerika dengan perningkatan 0.47%.

Perselisihan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China membuatkan Yuan China melemah sehingga didagangkan pada harga 6.4660 per dolar.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Washington, Presiden Trump telah mengarahkan wakil perdagangan Amerika Syarikat untuk mengenal pasti produk China yang bakal dikenakan tarif baru. Beliau juga menambah ia adalah langkah balas terhadap Beijing yang meningkatkan tarif keatas $ 50 bilion untuk barangan Amerika Syarikat.

Dolar Australia juga turut terkesan dengan perang dagangan itu dan kesan dari penurunan harga logam apabila mencatatkan paras terendah tahunan apabila didagangkan pada $0.7391 per dolar.

Para pelabur juga bimbang mengenai ketidak persefahaman perdagangan antara Amerika Syarikat dan Kanada yang memberi kesan terburuk dalam tahun ini apabila pasangan matawang tersebut didagangkan pada $ 1.3237 harga tertinggi dalam tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: