Kejatuhan EUR/USD Pada Minggu Kelima Memadamkan Seluruh Peningkatan Bulan Disember

Kejatuhan EUR/USD Pada Minggu Kelima Memadamkan Seluruh Peningkatan Bulan Disember

Matawang safe haven terus disokong oleh perkembangan negatif coronavirus Wuhan yang telah mengakibatkan sehingga 106 kematian serta 4,515 kes jangkit

Matawang safe haven terus disokong oleh perkembangan negatif coronavirus Wuhan yang telah mengakibatkan sehingga 106 kematian serta 4,515 kes jangkitan yang telah disahkan oleh kerajaan China.

Suasana risk-off akibat Kebimbangan terhadap potensi akan berlakukanya gangguan kepada pertumbuhan ekonomi global turut memberi tekanan kepada EUR/USD sehingga membuka laluan kepada pengunduran harga yang lebih rendah.

Selain itu, nada dovish ECB pada mesyuarat dasar yang lalu turut mengukuhkan momentum bearish EUR/USD sehingga memadam seluruh peningkatan yang diperoleh pada bulan Disember.

Sehingga jam 8.40 malam, EUR/USD jatuh lebih 200 pips daripada paras tertinggi bulan Januari, didagang sekitar 1.1003.

Penurunan walau bagaimanapun terhad pada hari Selasa berikutan mesej bercampur yang dikeluarkan oleh China apabila mengatakan 60 pesakit yang disahkan menghidap wabak coronavirus telah sembuh, mengisyaratkan jangkitan wabak ini tidak seburuk virus SARS 17 tahun yang lalu.

Dinamik pergerakan dolar AS akan terus menjadi perhatian sementara fokus kini tertumpu kepada data makro AS yang akan dijadikan rujukan menjelang keputusan FOMC awal pagi Khamis.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: