Kejatuhan EUR/USD Terhad, Kelemahan KDNK Q1 Zon Eropah Hari Ini Mungkin Akan Dibiarkan

Kejatuhan EUR/USD Terhad, Kelemahan KDNK Q1 Zon Eropah Hari Ini Mungkin Akan Dibiarkan

Tiga laporan terpenting dalam kalendar ekonomi menjadi tumpuan pasaran minggu ini, bermula dengan FOMC, KDNK suku pertama AS dan juga KDNK suku perta

Tiga laporan terpenting dalam kalendar ekonomi menjadi tumpuan pasaran minggu ini, bermula dengan FOMC, KDNK suku pertama AS dan juga KDNK suku pertama Zon Eropah.

Pada hari Rabu yang lalu, Fed walaupun optimis dengan pemulihan ekonomi, namun masih memerlukan lebih banyak sokongan data-data terbaru sebelum memperkecilkan program pembelian bon.

Pandangan tersebut kemudiannya disokong oleh data KDNK Q1 AS yang diterbitkan semalam, menunjukkan ekonomi telah berkembang 6.4% antara Januari hingga Mac, 4.3% lebih tinggi berbanding suku sebelumnya.

Prestasi greenback yang bercampur selepas laporan di atas menunjukkan reaksi pasaran yang terhad.

Fokus pada hari ini beralih kepada laporan KDNK Q1 Zon Eropah yang akan dikeluarkan pada jam 5 petang Malaysia.

Tidak seperti pertumbuhan di AS yang mengalami peningkatan tiga suku berturut-turut, Zon Eropah dijangka melaporkan kemelesetan teknikal dua suku berturut-turut.

Memetik analisis Kathy Lien, pengarah urusan BK Asset Management, prospek kemelesetan dua kali ganda ini kebiasaannya akan menimbulkan kebimbangan di kalangan pelabur.

Namun begitu, pasaran mungkin akan mengenepikan kelemahan tersebut berikutan laporan-laporan terbaru menunjukkan asas-asas pemulihan blok eropah yang lebih kuat dan pantas.

“EUR/USD masih didagang rendah namun dengan penurunan yang sederhana, menguatkan pandangan kami bahawa para pelabur akan mengetepikan kelemahan laporan KDNK Zon Eropah hari ini”, jelas Lien.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: