GBP/USD meningkat didorong oleh kelemahan dolar minggu lalu dan terhenti sekitar zon rintangan tertinggi di paras 1.3615. Walau bagaiamanpun sentimen
GBP/USD meningkat didorong oleh kelemahan dolar minggu lalu dan terhenti sekitar zon rintangan tertinggi di paras 1.3615. Walau bagaiamanpun sentimen USD pada minggu ini semakin pulih, namun pound tidak mengalah dan berjaya mengekalkan kedudukan GBP/USD pada paras harga tertinggi.
Selain itu, telah muncul beberapa sebab untuk pound jatuh, namun ketika ini pasaran dilihat seperti tidak mengendahkan bacaan-bacaan negatif yang dikeluarkan.
Apakah penyusutan pound sterling akan terus tertangguh? Ataupun pasaran sememangnya sudah undervalued?
Berikut merupakan beberapa petunjuk negatif yang sepatutnya mengurangkan permintaaan terhadap pound:
1) Harga rumah jatuh: Indeks Halifax HPI semalam susut -0.6%, jauh lebih rendah berbanding jangkaan yang melihat peningkatan 0.2%
2) Perbelanjaan mengecil: Berdasarkan laporan Visa, perbelanjaan pengguna jatuh -1% dalam unjuran tahun ke tahun di bulan Disember. Penurunan ini adalah kali pertama sejak 5 tahun yang lalu.
3) Unjuran PMI tidak baik: Bacaan PMI kesemua sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan tidak menetapi sasaran dengan bacaan yang lebih rendah berbanding jangkaan. Hal ini menunjukkan pertumbuhan yang semakin perlahan di masa hadapan.
Perkembangan dalam isu Brexit pula, tiada rundingan perdagangan dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat. EU masih menguasai rundingan namun May pula dilihat semakin ke arah hard Brexit (keluar tanpa sebarang perjanjian).
Menggunakan kaedah perjanjian Norway bukalah satu pilihan yang bijak, akan tetapi jika UK bertindak untuk keluar daripada pasaran tunggal tanpa sebarang perjanjian atau menekan EU dilihat satu percaturan yang baik secara keseluruhannya.
GBP/USD kini berada di paras 1.3578, naik 0.06%. Pergerakan masih sideway berdasarkan timeframe yang lebih besar. Jika hala tuju GBP/USD ditentukan oleh data, maka arah pergerakan adalah ke bawah.
COMMENTS