Kejatuhan Hasil Bon AS Menenggelamkan USD/JPY, Menunju Pengunduran Tiga Minggu Berturut-turut

Kejatuhan Hasil Bon AS Menenggelamkan USD/JPY, Menunju Pengunduran Tiga Minggu Berturut-turut

USD/JPY bukan sahaja menamatkan lonjakan bullish hariannya, malah turut jatuh daripada 111.70 ke paras terendah yang baru, didagang sekitar 111.22, s

USD/JPY bukan sahaja menamatkan lonjakan bullish hariannya, malah turut jatuh daripada 111.70 ke paras terendah yang baru, didagang sekitar 111.22, susut 0.26% setakat jam 10.30 malam.

Pasangan matawang ini gagal memanfaatkan laporan NFP yang lebih baik berikutan kelemahan pertumbuhan gaji telah memicu penjualan yang lebih agresif.

Tambahan pula, hasil tinjaun ISM menunjukkan aktiviti sektor perkhidmatan AS bulan April bergerak lebih perlahan berbanding jangkaan dan berbanding bacaan sebelumnya, susut daripada 56.1 kepada 55.5 mata.

Kekecewaan pelabur terhadap data juga dapat dilihat menerusi kejatuhan hasil bon AS sehingga menyebabkan dollar mula dilepaskan, memadamkan kesemua keuntungannya berbanding matawang utama yang lain.

Penurunan USD/JPY walau bagaimanapun terhad kerana pembukaan pasaran ekuiti AS yang tinggi menunjukkan kecenderungan pelabur yang rendah untuk membeli matawang safe haven dolalr dan yen.

Secara teknikal, kedudukan USD/JPY di bawah garisan SMA dan 111.50 mengisyaratkan bias bearish bagi dagangan jangka masa pendek.

Support penting 111.20 kin sedang diuji dan jika berjaya ditembusi, harga berpotensi jatuh ke paras 111.00 sebelum penutupan pasaran pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: