Kejatuhan Lira Turki Menghantui Pertumbuhan Negara-Negara Membangun

Kejatuhan Lira Turki Menghantui Pertumbuhan Negara-Negara Membangun

Perkembangan pasaran kewangan negara-negara membangun terus menjadi perhatian. Lira Turki masih lemah didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap pengu

Perkembangan pasaran kewangan negara-negara membangun terus menjadi perhatian. Lira Turki masih lemah didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap pengurusan ekonomi Turki dalam keadaan dihimpit krisis matawang.

Data pada hari ini menunjukkan inflasi Turki pada bulan Ogos melonjak daripada 15.9% pada bulan Julai ke paras tertinggi 15 tahun yang lalu, 17.9%.

Angka ini menunjukkan sell-off besar-besaran lira telah menyebabkan tekanan yang mendadak terhadap harga pengguna.

Dengan data inflasi yang diterbitkan pada hari ini, bank pusat Turki menyatakan kemungkinan pengumuman rate hike akan ditangguhkan pada mesyuarat bulan September.

Walau bagaimanapun, para pelabur masih bimbang dengan pendekatan Presiden Turki Tayyip Erdogan yang tetap dengan pendirian untuk terus manaikkan kadar faedah.

Ketegangan hubungan antara AS dan Turki serta kebimbangan Erdogan akan meningkatkan penguasan beliau ke dalam dasar kewangan dan ekonomi telah menyebabkan lira menyusut lebih 40% pada tahun ini.

Dollar terus mengukuh berbanding lira setakat jam 11 malam dengan USD/TRY naik 1.55% kepada 6.6499. Sementara itu, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain pula stabil sekitar paras 95.00

Jumlah dagangan pada hari ini dijangka kekal rendah dengan penutupan pasaran kewangan AS dan Kanada sempena sambutan Hari Buruh.

Permintaan dollar masih ditekan oleh kebimbangan terhadap perang perdagangan antara AS dan China dan  pentadbiran Trump dijangka akan mengumumkan kadar tarif baru ke atas barangan import China yang bernilai $200 billion pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: