Kejatuhan Pasaran Saham AS Belum Temui Titik Noktah, Apakah Dollar Akan Turut Bersama?

Kejatuhan Pasaran Saham AS Belum Temui Titik Noktah, Apakah Dollar Akan Turut Bersama?

Berlalunya minggu pasaran yang bervolatiliti tinggi, masih terdapat banyak laporan yang menunggu untuk mengubah hala tuju sentimen pelabur pada minggu

Berlalunya minggu pasaran yang bervolatiliti tinggi, masih terdapat banyak laporan yang menunggu untuk mengubah hala tuju sentimen pelabur pada minggu ini.

Federal Reserve dijangka mengumumkan rate hike kali keempat bagi tahun 2018 pada hari Rabu, dan perkara paling penting yang akan diperhatikan adalah rancangan bank pusat bagi tahun 2019.

Data-data ekonomi terkini AS bagi bulan November adalah lebih baik, namun kejatuhan mendadak pasaran saham menjadi isu yang membimbangkan pelabur.

Di tambah pula dengan isu perdagangan AS-China yang masih dalam proses rundingan, laporan-laporan di atas telah meningkatkan spekulasi bahawa Fed akan menghentikan seketika kitaran pengetatan dasar mereka pada tahun hadapan.

Fed akan mengeluarkan ‘dotplot’ bagi pertumbuhan ekonomi dan kadar faedah yang baru dan para pelabur akan mendapatkan unjuran bagi tahun 2019 dan tahun berikutnya.

Selain itu, penilaian Powell berkenaan risiko domestik dan kejatuhan pasaran saham di dalam sidang media 30 minit selepas keputusan diumumkan turut menjadi perhatian.

Di samping itu, para pelabur juga akan melihat perkembangan dari sudut politik selepas Presiden Trump memberi amaran untuk menutup kerajaan (goverment shutdown) jika Kongres enggan meluluskan rang belanjawan bagi mendanai tembok sempadan.

Sepanjang minggu lepas, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berjaya memadamkan kejatuhan awal bulan Disember yang lalu, naik 0.96% ke paras 97.44 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: