Kejutan Di Dalam Simpanan Minyak Amerika Syarikat Meningkatkan Harga.

Kejutan Di Dalam Simpanan Minyak Amerika Syarikat Meningkatkan Harga.

Jumaat, harga minyak mentah mencatatkan perningkatan memberansangkan pada dagangan sesi pagi Asia selepas pasaran diimbangi oleh kejatuhan dari simpan

Jumaat, harga minyak mentah mencatatkan perningkatan memberansangkan pada dagangan sesi pagi Asia selepas pasaran diimbangi oleh kejatuhan dari simpanan minyak mentah Amerika Syarikat yang mencatatkan paras terendah sejak 2015 serta ketenganan perdagangan Sino-Amerika dan kelembabpan ekonomi global.

Pada jam 0654GMT, niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate ( WTI ) diniagakan pada harga $67.93 setong dimana ia meningkat 16sen dari harga penutupan semalam. Sementara itu niagaan hadapan minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras untuk dagangan global pula mencatatkan perningkatan 8sen untuk diniagakan pada harga $76.58 setong.

Penganalisa pelaburan di Rivkin Securities Australia, William O’Loughlin berkata, dari data yang dikeluarkan semalam pasaran minyak global dijangka akan mengalami cabaran yang besar.

Data yang dikeluarkan oleh Pusat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) pada hari Khamis menunjukkan simpanan minyak mentah komersil Amerika Syarikat berkurangan sebanyak 4.3 juta tong kepada 401.49 juta tong pada minggu berakhir 31 Ogos sekaligus menjadikan ia paras terendah sejak Febuari 2015.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: