Kejutan Positif Buat GBP

Kejutan Positif Buat GBP

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Bloomberg pada hari ini, dua negara UK dan Jerman memutuskan untuk meninggalkan beberapa tuntutan penting bagi m

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Bloomberg pada hari ini, dua negara UK dan Jerman memutuskan untuk meninggalkan beberapa tuntutan penting bagi memudahkan kedua-dua pihak mencapai persetujuan sebelum Brexit dikuatkuasakan.

Mereka kini lebih cenderung untuk memilih perincian yang lebih kecil bagi mengekalkan hubungan selepas Brexit dilaksanakan pada 29 Mac 2019.

Peralihan yang signifikan ini dilihat dapat memudahkan jalan untuk kesepakatan dicapai oleh UK dan Kesatuan Eropah.

Perkembangan positif ini turut melonjakan permintaan pound berbanding kesemua matawang lain, menolak GBP/USD naik 109 pips atau 0.85% ke paras 1.2963 dan 150 pips bagi GBP/JPY ke paras 144.78

Manakala EUR/GBP pula susut 0.50% atua 45 pips ke paras 0.8966 setakat jam 9.35 malam.

Laporan ini turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Perunding EU Michel Bernier pada minggu lalu. Beliau menjelaskan bahawa EU bersedia menwarkan UK satu syarat perjanjian yang tidak pernah diberikan kepada negara yang lain.

Namun begitu, Barnier telah menolak cadangan pelan Chequers yang dikemukakan oleh PM UK Theresa May dan masih belum memberikan sebarang butiran mengenai tawaran yang dinyatakan sebelum ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: