Kejutan Positif Kadar Pengangguran Tingkatkan Permintaan Aussie (AUD) Pada Hari Khamis

Kejutan Positif Kadar Pengangguran Tingkatkan Permintaan Aussie (AUD) Pada Hari Khamis

Pembelian AUD mengukuh pada pertengahan sesi dagangan Eropah hari Khamis, menembusi harga tertinggi 0.7315 yang dicatatkan pada sesi Asia lalu berband

Pembelian AUD mengukuh pada pertengahan sesi dagangan Eropah hari Khamis, menembusi harga tertinggi 0.7315 yang dicatatkan pada sesi Asia lalu berbanding dollar.

Lonjakan AUD/USD didorong oleh data yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik Australia (ABS) menunjukkan penurunan melebihi jangkaan kadar pegangguran bagi bulan September daripada 5.3% kepada 5.0%

Namun begitu, Australia hanya merekodkan penambahan kecil pekerjaan ke dalam ekonomi pada bulan September, naik sekitar 5,600 pekerjaan, meleset berbanding jangkaan yang melihat penambahan 15,200 pekerjaan.

Butiran daripada laporan pekerjaan turut menunjukkan penurunan angka penambahan pekerjaan tetap daripada 33,700 kepada 20,300. Manakala pekerjaan sambilan pula turun sebanyak sebanyak 14,700.

Sentimen Aussie (AUD) mengukuh pada hari Khamis berbanding kesemua matawang lain.

Walaupun merekodkan penurunan kadar pengangguran terbaik yang tidak pernah dilihat sejak May 2012, tetapi jurang perbezaan antara hasil bon 10-tahun AS dan Australia masih tinggi melebihi 45 mata asas.

Perbezaan ini masih menyukarkan bullish AUD/USD menawan semula harga 0.7160, paras tertinggi hari Rabu yang lalu dan kini didagang sekitar 0.7145, naik 0.51% setakat jam 6.05 petang.

Secara teknikal, didorong oleh correction dollar, AUD/USD  berpotensi naik menguji resistance di paras 0.7160 (R1), kemudian di paras 0.7220 (R2) dan 0.7310 (R3).

0.7040 (S1) pula kekal menjadi support terhampir, seterusnya di paras 0.7000 (S2) dan 0.6890 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: